SOALAN LAZIM MENGENAI : LANJUTAN MASA
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Adakah Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa perlu dikeluarkan sekiranya kontraktor tidak memohon (sekiranya Kontraktor sememangnya layak diberi lanjutan masa)? Sejajar dengan Syarat-syarat Kontrak, Kontraktor hendaklah memohon, walau bagaimanapun sekiranya sebab-sebab kelewatan adalah dari pihak Kerajaan, Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa perlu dikeluarkan tanpa permohonan daripada kontraktor. 
2. Jika kontraktor tidak melanjutkan tempoh insurans bolehkah Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa dikeluarkan? Boleh. Pegawai Penguasa hendaklah melanjutkan tempoh insurans bagi pihak Kerajaan dan Kontraktor dan memotong nilai premium serta on cost charges sebanyak 5% dari baki bayaran kepada Kontraktor. 
3. Bolehkah lanjutan masa diberi melebihi tempoh kontrak asal? Boleh. Walau bagaimanapun Pegawai Penguasa hendaklah mempastikan bahawa pemberian lanjutan masa adalah mengikut Syarat-syarat Kontrak dan SPJPS 3/2010 - Peraturan Pemberian Lanjutan Masa (Extension Of Time) Kontrak Kerja Melalui  Jawatankuasa Kelambatan Dan Lanjutan Masa JPS Malaysia
4. Apakah yang dimaksudkan dengan force majeure dalam Fasal 43 Kelambatan dan Lanjutan Masa? Kejadian diluar kawalan manusia. 
5. Sekiranya tarikh siap dilanjutkan jatuh pada hari Ahad, perlu atau tidak dianjak tarikh tersebut? Tidak perlu. 
6. Adakah kontraktor perlu memohon (dengan mengemukakan surat)untuk pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan 100% /baki 50% selepas Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan? Tidak perlu 
7. Mengapa maklumat yang telah diisi tiada dalam paparan SMATRAK? Cth: Rekod Utama Projek Maklumat "SST telah tandatangan dan dikembalikan oleh Kontraktor?" adalah BELUM  
8. Mengapa terdapat 'error' pada paparan setelah mengisi Rekod Utama Baru projek? Kerana telah ada rekod utama menggunakan Nombor Kontrak yang sama 
9. Mengapa rekod kemajuan bayaran interim yang telah direkodkan tidak mengikut susunan Tarikh penilaian bagi setiap rekod tidak diisi sepenuhnya 
10. Bagaimana untuk menutup akaun jika kontraktor tidak dapat dikesan. Tindakan menutup akaun boleh diteruskan tanpa menunggu kontraktor dikesan. Walau bagaimanapun bagi tujuan bayaran akhir, bayaran boleh diuat kepada pihak Amanah Raya.  Nasihat mengenai tindakan yang perlu diambil hendaklah diperolehi daripada pihak Akauntan atau Penasihat Undang-undang yang mana berkenaan